at first taktahu nak update pasal apa . tapi , rasa mcm dah dapat idea . :D cuma nak share dengan korang idea aku pasal something something yang boleh dikatakan berkaitan jugak la dengan kehidupan seharian kita , (: baru teringat , kenapa la aku tak update kat sini ja kan ? daripada update bercambah cambah kat facebook and twitter . semak ja . hihi
__________________
okay , aku mula ye ?
actually , these several days, aku tak ada buat apa pun . aku just duduk rumah . mengadap pc dan juga tv . hihi . sgt tak produktif kann ? ;p biar lahh . nanti aku dah masok KMKN aku takleh dah bersenang-lenang cmni. huhu. okay2 . hadirin sekalian , bagi membuang masa , aku nie banyak la bukak YouTube. takperlu nak cakap la YouTube tu apa kann ? semua pun tahu.
okay . macam ni . aku bukak YouTube selalunya dengar lagu . tapi , dah banyak sangat masa kann ? aku boring lahh dengar lagu . aku mula bukak zikir . bukan la nak kata aku baik kann . cuma nak dengar . kat ASTECH dulu selalu zikir ramai2. sedap ja dengar . kat ruma sorg2 bukan la tak sedap , tapi tak "ong" la orang kata . (aku la yang kata)
emm, YouTube kann kat tepi tepi tuu ada la related video kann ? aku tengok la banyak yang orang post pasal kebesaran ILAHI . aku kagum . aku terharu . ada satu aku ada tengok orang post pasal baby dalam kandungan sujud time didengarkan ayat - ayat suci Al-Quran . aku ada share kat facebook . Ya Allah . aku rasa , taktaw nak describe macam mana !
_________________
lepas tu, aku mula melayan matluthfi *punn semua korg tawu kann ?
firstly, aku tengok video pasal we are Malaysians. tahu aku lambat. hihi . lepas tu , aku tengok pulak video filem pendek oley ! kalau tak silap aku. matluthfi dengan bob lokman penampilan khas. yang cerita bab hukum hudud . tawu kann ? tipu lahh tak tahu . Athira kot la tak tahu , heee . hai thira ! pastu tengok jugak la budak maria tu . yang kat YouTube tuuu. Vlogger jugakk . yang ni cerita pasal budak-budak sekarang yang syok dengan gadget. hihihi , last sekali , aku tengok video yang dipostkan oleh haters kepada Datin Rosmah Mansor kott . * nama bapak dia aku teka . hihi . allaaaa , isteri Najib PM kita tuuu , dann , aku baca komen-komen yang ada kat situ . Anti-Rosmah dengan Pro-Rosmah banyak bergaduh -,- aku baca ja .
so , apa yang aku nak sampaikan sebenarnya duk tulis panjang lebar pasal video yang aku tengok nii ?
hihi , meh nak storyy .
________________
honestly, video video tuu semua , buat something tercetus kat otak aku . aku terfikir . macam macam . idea aku sendiri , pandangan aku . entahlah . bukan aku tak tahu selama ni , tapi , aku jadi lebih terdedah dan yakin dengan pemikiran aku . sorry tapi korg tak boleh stopkan apa yang aku fikir andd , ini blog aku kan ? (:
first of all , isu perpaduan . bila perpaduan , orang SEKARANG mesti fikir 1MALAYSIA ja. tapii , masa PM lain sebelum Najib , gagasan 1MALAYSIA belum diperkenalkan . kita rakyat Malaysia, tak bersatu padu ka ? bukan laa aku nak tolak gagasan beliau . tapi , aku terfikir . sebelum beliau jadi PM pun , aku kawan dengan Stephanie , Kimberly , Konea , VictorKeong , Kevin, Athira and kawan kawan melayu of couse lahh ada kan ? hemm . satu bangsa cuba diwujudkan dulu . bangsa Malayan Union ? kann ? sorry kalo salah . malas nak check buku sejarah . apa yang aku cuba cakap actually , kita tak perlu pun nak hilangkan / kurangkan ciri ciri bangsa dan agama kita untuk bersatu padu . (maksud aku kalo wujudkan bangsa baru , identiti bangsa yang baru la kan?) bagi aku , perpaduan ni , kita memang jadi satu . tapi , identiti kita tak perlu sama . biar berkulit cerah mahupun gelap , biar menggunakan bahasa melayu mahupun bahasa lain , kita berkongsi idea dan satu matlamat yang sama . kita , saling bertolak ansur , menghormati , baik hati , tolong menolong . kann ? semua agama ajar nilai murni . tak ada yang ajar penganutnya buat jahat , kann ? memang setiap agama ada kepercayaan sendiri tapi , siapa kita nak menilai dan menghukum penganut agama tersebut ? kita bukan tuhan .
secondly, hukum hudud . pernah sekali ada dicadangkan Malaysia supaya mengamalkan hukum hudud . sebab kes kes kecurian dan pembuangan bayi semakin tak dapat dikawal . banyak yang teros komen , " kalau amal hukum hudud , habis la rakyat Malaysia kudung" tahu tak kudung tu apa ? takda tangan lahh . okay , yang nie, seriously korang kena tengok filem pendek : oley! tu . sebab memang jelas macam mana pengamalan hukum hudud tu diterangkan . bukannya orang boleh suka suka nak potong tangan mereka yang mencuri . ada panduan dia . ni hukum Allah untuk umat islam , hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. okay , korang mungkin terfikir pulak yang bukan islam tak kena hudud tak adil . tapi , dalam video tu pun dia explain . dia kata , "kita umat islam pegang kepercayaan kita . iaitu ALLAH . bila ALLAH tetapkan hukum tu . kita ikot . macam DIA suruh kita sembahyang dan puasa . penganut agama lain, ada hukuman mereka sendiri . dalam cara sendiri. sebab , siapa pun yang buat salah tak boleh lepas"
thirdly , untuk kawan kawan , muda mudi , yang seronok dalam dunia yang berkembang maju nie . banyak gadget kan sekarang ? internet pun boleh ja guna handphone . tapi ,, masa duduk dengan manusia dalam dunia betul , JANGAN la ASYIK sangat dengan gadget tuu . pihak satu lagi akan rasa macam sia sia lepak sekali tapi asyik duk layan twitter and bla bla bla guna handphone and tak layan story dia . hmmm . aku pernah rasa . -,-
and lastly , pasal kehidpan orang islam yang masyarakat rasa tak cukup menutup aurat . okay la . aku baca satu comment nie , dia nak defend Rosmah yang tak pakai tudung . dia kata " pakai tudung tak semestinya baik . kat YouTube ni pun banyak yang kena tangkap basah tu pakai tudung" aku tak tahu lahh nak cakap apa kann . hmmm . actually , baik buruk orang tu bukan la letak pada rambut dia kita nampak tak nampak . bukan la kita nampak dia pernah sembahyang ka tak . kenapa ? kalau org sembahyang kena bgtaw satu dunia ka kata dia nak/tengah/sedang sembahyang . korang suka ka orang dk bagitahu macam tu ? kan dah jadi macam dia tak ikhlas beribadat . bukan aku nak suru korang berenti "ajak ke arah kebaikan dan cegah kemungkaran" tapi , ada cara dia . bukannya mengutuk , fitnah dan macam macam . sebab akhirnya , korg jadi lagi teruk daripada org tu . kan ? yela , banyak dosa mengutuk dan memfitnah . macam ni la , islam ajar kita , umatnya supaya
1) cegah dengan tangan (kuasa yang kita ada)
2)cegah dengan lidah (nasihat dalam cara elok)
3)cegah dengan hati - paling lemah ( benci dan jauhkan diri dengan kemungkaran yang kita tak dapat nak cegah guna num 1 and 2)
see ? takda pun yang suruh kita kritik pelaku kemungkaran .
______________
hihi , panjang kann ? aku , membebel ? ;p sukahati ! blog aku !
okay okay , ni just conclusion of the day !
"KITA HANYA MANUSIA YANG DICIPTA TUHAN UNTUK HIDUP DI MUKA BUMI INI DENGAN MENERIMA DAN MENGAMALKAN SEGALA AJARAN-NYA SERTA BERPEGANG KEPADA KEPERCAYAAN KEPADA-NYA"
see ? taksuruh pun kita jatuh hukum sesama manusia . kita ni manusia . kita tak sempurna . tapi kita sentiasa boleh cuba untuk jadi sebaik mungkin . mungkin kita terpesong , tapi tuhan tu kan pengamun . mintak keampunan pada-Nya . taksusah . dia mesti ampunkan asal kita ikhlas memohon , so , kalo gaduh sesama manusia , jangan la kedekut sangat tak nak maaf kan . (:
and ingat ,
"HATI BUDI SESEORANG BUKAN DILAMBANGKAN OLEH WAJAH MAHUPUN PAKAIANNYA"
sooooo,
"NEVER ! NEVER JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"
p / s : i am not that good , i am not that bad but, i am who i am

No comments:
Post a Comment